Kepada saudara ikhwan (QS), ana mutaassif sebab tidak dapat send mesej pada profile akhi jadi ana jawab di sini dgn izin Allah..
Begini saudaraku, berdasarkan soalan akhi:
"risau terkena lagi baki-baki bala dan jangan diguna laut mati ini."
Mengapa perlu risau atau takutkan bala itu sedangkan sebagai umat Islam kita wajib mengatahui bahawa segala baik dan buruk adalah ketentuan dari Allah.
maka jawabnya bukan bermaksud kita perlu takutkan bala laut mati itu. Untuk pengetahuan akhi, laut mati adalah tempat yang dilaknat oleh Allah. Jadi kita disunatkan berjalan dlm keadaan menunuduk dan memohon ampun kepada Allah.
Bukan bermaksud risau akan bala itu tapi risau akan bala yang turun oleh Allah pada kita, itulah yang dimaksudkan dengan ayat "risau terkena lagi baki-baki bala dan jangan diguna laut mati ini."
Memanglah kita wajib yakin bahawa segalanya datang dari Allah, bala dan sebagainya, tidak pernah ana katakan yang kita perlu takut akan bala itu tapi apa yang dimaksudkan ialah risau akan kemurkaan Allah itu sehingga menurunkan bala pada kita, itu yang patut kita risaukan jadi tidak perlulah kita ke sana, tempat yang dilaknat Allah kemungkinan ada lagi baki-baki bala..
Sehingga ulama’-ulama’ berkata makruh menggunakan air laut mati itu kerana dilaknat Allah dan para malaikat kerana dosa liwat kaum negeri itu.
Kalau nak sangat air yang berkat, gunalah air sungai Nil, buat apa pergi tempat yang Allah laknat..
*Inilah yang ana risau, apa yang ditulis lain pula yang difahami, sudah banyak kali ana bagitahu kalau tidak faham walau 1 ayat sekalipun bagitahulah, janganlah buat-buat faham..
Sebenarnya adab belajar agama bukan seperti ini, mungkin sebab inilah berlaku salah faham atau sebagainya, adab belajar agama ialah dengan berguru, kitab, mujahadah dan seumpamanya..
Ada juga yang suruh ana nyatakan hujah, dalil, nas dari al-Quran dan hadis mengenai pendapat2 yang ana sebarkan, maka jawabnya beginilah, kalau nak sangat tahu lebih terperinci, belajarlah, ini ilmu agama..
Ana nyatakan pendapat yang ulama’ sudah bahaskan, maksudnya, sesuatu masalah itu ulama’-ulama’ sudah membahaskannya berpandukan al-Quran dan hadis. Jadi ana cuma nyatakan jawapan dari masalah yang dibahas ulama’-ulama’. Kalau nak tahu dalil apa yang diguna, atau apa perkara yang dibahaskan sehingga mengeluarkan pendapat sebegitu belajarlah, buka kitab..
Kalau minat nak belajar agama, nak tahu lebih terperinci mengenai sesuatu masalah ,pergilah sekolah2 pondok,tahfiz, disana memang suasana belajar agama bukan seperti universiti atau seumpamanya..
Boleh luangkan masa 2,3 hari, sebulan atau sebagainya di sana untuk menumpang belajar, pergilah, memang seronok, lagipun sekarang sudah banyak sekolah2 pondok yang wujud..
Bayaran memanglah ada, tidak adalah mahal sangat tapi tidak dapat dibandingkan dengan ilmu yang kita akn dapat, kalau tidak dapat ilmu pun kita dapat suasana belajar agama itu..
Wallahu’alam..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar