(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati. Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan.
Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej
kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila!
"Umar, kau nak beli sim card baru,
kan
?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset. Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar.
"Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada
gaya
penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"
"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar, tak pernah bermak we," Fathil meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu, dan, kau tahu Umar…kaulah lelaki itu)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau" Umar menyindir.
"Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"
"Ish, awek malang mana lah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle
Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,"
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,"
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"
"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan." Umar menolak cabaran.
"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kanpercaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat. (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus
selepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil"suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
"Err, hello. Fathil tak der," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah.. "suara itu mendesak.
"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"
"Fika dah agak! Dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
"Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya.
" Fika tak pernah jumpa pun…semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,"
" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."
" Huh, entah bila.."
" Berdoalah pada Allah,"
" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar. (Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro,
perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni…). Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!"
Gurlp! Umar menelan liur.
" Hello!" balas Umar.
" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"
" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho."
" Ish, tak der lah. Biasa je…"
" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"
" Abang?!" Gurlp!!!
" Aa..ah..tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!"
" Err.. " kelu lidah Umar.
" Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah..I miss you my hero! Ummmwah.."
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.
" Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?" Fathil mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
" Tak minat!" balas Umar. Ringkas.
" Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni. Jom lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni..bosanlah!"
" Aku tak nak!!" tegas Umar.
" Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?" Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.
" Tapi..Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni."
" Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!"
" Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu. Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku,"
" Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku.."
" Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,"
" Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah." Fathil ragu-ragu.
" Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!"
" Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak."
Fathil menghidupkan enjin motorsikal Krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.
" Eh..eh.. Maziah lah!" Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
" Yang mana?"
" Tu, tu, baju putih."
Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.
" Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
" Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat," balas Umar.
" Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau." Fathil bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,
" Maaaziaaahhhh…." Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover. (Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar. Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya. (Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu..kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
" Lawa si Maziah, kan?!"
" Kau memang cari orang lawa je!"
" Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!"
" Buktinya?"
" Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga.."
" Perasaan kau je tu! Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa," Umar belajar daripada pengalaman.
" Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,"
" Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,"
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
" Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis itu. Comel. (Fika?! Gurlp!!)
" Umar, kau bertuah malam ni? Memang sesaat pun!" Fathil separuh berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.
" Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika," pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir.
Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya. Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah, siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini. Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika..)
Tok!Tok! Assalamualaikum…
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk.
" Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya.
Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
" Saya Banna. Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri.
" Kenal. Selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!"
" Mmm…awak?"
" Aku Fathil." Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
" Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.
" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,". Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.
" Umar tertidur, kot. Pergilah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat. Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset. (Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak? Bolehlah bang…plizzzzzz…luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!). Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya. (Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda. (Tertinggal agaknya?) Banna memandang Fathil dengan senyuman.
”Dia tak bangun lagi ke?” Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
”Emm..tak lagi!” balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
”Woii, bangunlah? Kawan kau datang ni!” tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
”Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni,” leter Fathil. Hati Banna makin curiga dengan Umar.
”Err, nak ke mana tu?” Banna sempat bertanya.
”Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah?” Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
”Chow dulu?” Fathil melemparkan senyuman ramah. (Bagus dia, mudah masuk ngan orang?) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro? Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)
”Banna, ana ada hal lah esok,” Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
”Hal apa yang lebih penting daripada smart group?”
”Err? Nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,” Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
”Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..” Banna menawarkan pertolongan.
”Eh, tak yah lah? Ana boleh buat sendiri,” Umar menolak.
”Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak
risau?!” (Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group?)
”Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!” Banna melontarkan persoalan.
”Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,”
”Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok?”
”Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,”
”Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,”. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak. (Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah? Aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
”Ana dah tukar sim card?”jawab Umar bersahaja.
”Kenapa tak inform?”
”Ana nak rahsiakan nombor ana,” Umar tak berselindung.
”Kenapa ni Umar?”hairan Banna dibuatnya.
”Ntah?! Bosan?”getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
”Bosan? Bosan dengan apa?”
”Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah? Ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah? Ahh, meluat!”terpancul kata-kata yang sarat luahan. (Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh? Biarkan? Biarkan? Dah lama benar ia terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi. Banna terpaku. (Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
”Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?” Banna mengungkap. (Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
”Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu? “…diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk.” Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam
hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,” Banna menyambung lagi,
”Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?”
”Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,” jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
”Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?” Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam. (Ahhhhhhhhh? Bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
”Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah, esok kalau ada masa ana datang smart group,” jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
”Ana akan tunggu nta. Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,”
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup. ”Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni?” Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
”Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,” Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika, handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot?) hati Banna cubaberbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar
tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan
besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab
Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah?.)hati Banna berbisik. Dia mengakui
hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan
Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam
tarbiyyah dan da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia
tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
”Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,” Banna mengajak adiknya
beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah
Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum
beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas
berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
”Kertas apa tu?” Banna menjeling.
”Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat
yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak
sempat nak tunjuk kat abang..” Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas
itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
”Lelaki ke?”
”Kalau perempuan, Maziah tak kanbuat macam ni, bang?”
”Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak
hanyut nanti.,”nasihat seorang abang.
”Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah?Maziah
takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni.
Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya
untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia
boleh pergi meninggalkan kita, kanbang?!”
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
”Mmm.Sama-samalah kita berdoa?.” Banna mengangguk setuju.
”Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,” bentak Fathil yang berada
selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
”A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku
rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni,
Fathil,” tambah Joe.
”Dating depan orang ramai pulak tu,” darah Fathil mendidih.
”Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku
kenal pak we dia tu,”gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
”Siapa?”
”Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama
setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
sakitkan hati aku lah tu,”
”Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku
takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit?”
”Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
aku nak ajar sekali,”
”Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,” Joe makin
mengapi-apikan kemarahan Fathil.
”Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?”
”Malam ni? Kenapa lambat sangat?sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,”
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
”Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
makna?”
”Hanif mana ni bang?”
”Alah, Hanif?kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
agamanya, insyallah.”
”Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
Taman Islam jugak ke, bang?” Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
”Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam
smart group yang sama dengan abang.,”
”Maziah ingat?.zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah
kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia
tu nakal masa kecil dulu,kanabang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia
selalu ejek Maziah macam-macam,”
”Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah.
Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect.
Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam
mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?”
”Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah
awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa
pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di
atas jalan tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau
kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,”
”Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah?.”
Tiba-tiba?..
”Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala
setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii?”laung Fathil
dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang
pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata
Fathil yang lantang itu. Banna cubamenjelaskan keadaaan. Dia menghampiri
Fathil.
”Fathil?dengar sini?”
”Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan?.”
”Fathil?” Banna cubabersuara lagi. Terhalang.
”Sudahlah?.tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh.
Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,”
Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas
memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan
mereka terpinga-pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
”Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,”
”Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,”
luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya
saban hari.
”Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi,
mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang
teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi
memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?” Maziah mengangguk.
”Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah
bil hikmah dengan izin Allah,” Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati
Maziah. Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
”Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga.
Semuanya kerana salah faham,” Banna mengingatkan adiknya. Maziah
tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
”Insyallah, bang! Err, abang?dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah
ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!”
Tanya Maziah.
”Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu.
Abang selalu ziarah biliknya,” Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa
yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
”Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang
membonceng motor dia?” Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir
sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah
dan da’wah?). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
”Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar.
Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da’wah,”
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang
membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah,
sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju
lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
”Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?” tanya Umar yang
sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan
Fika.
”Aku bengang betul lah!”
”Bengang apa?”
”Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku
bagi. Siapa tak bengang?”
”Orang dah ada pak we, cari lain je?.”
”Huh, tak semudah tu! Ni Fathil?dia belum kenal lagi siapa Fathil!”
”Kau nak buat apa?” Umar ingin tahu.
”Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,”
”Belasah perempuan?” (Gila!) bentak hati Umar.
”Bodoh! Belasah pak we dia lah?”
”Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,”
”Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.
Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau
bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan
mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ”
”Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau
kau yang rampas awek orang?” Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle
Maziah.
” Kau tahu apa Umar?! Tu lah?asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau
dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan
Fika dan ajak dia bermadu asmaradepan mata kau?”
Umar akhirnya mengalah.
”Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,” Fathil menunding jari tepat
ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria.
Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar
dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna
melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang
sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting
beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya
berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan
menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia
menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya
mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas
menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar
menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan
bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna? Ah?kasihan kau!) kesal hati Umar.
”Cis, mampuslah korang berdua!” Fathil meradang melihat drama itu lalu
cubamenyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan
serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil
sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat
sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya
juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah
dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka
tak berpeluang mencederakannya.
”Woii!!” seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar
di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
”Woii. Korang gaduh ye?”
”Tak, kami berlatih taekwando!” Fathil berdalih.
”Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?” Pak Guard
menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya
yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena
penumbuk Joe.
”A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,”
tambah Joe.
”Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang
yang berlatih sampai berdarah cam ni,” Pak Guard masih curiga lantaran
melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga
mulutnya.
”Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,”
Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin
tegang.Bukan bohong tapi helah.
”Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang
berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak
nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!” Pak Guard
meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
”Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?” api kemarahan Fathil
masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang
hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
”Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku,
hah?” Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang
sakit dipulas Banna sebentar tadi.
”Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak
awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah
rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!”
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan
mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia.
Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
”Fathil, awak salah faham..” Banna bersuara, cubamenjelaskan keadaan.
Fathil segera memotong.
”Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak
we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik
belasah kau,”
”Bodoh! Memang kau salah faham?” Umar menengking lagi. Dia tak dapat
menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas
mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
”Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri?” Fathil
menguatkan kenyataannya.
”Aku pun tengok!” tambah Joe.
”Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!”
Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah
mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu
dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam
mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam
lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sanalagi
sekali.
”Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana
salah faham bukan salah sesiapa,” ujar Banna dengan lembut sambil
menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil
dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk
ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir
membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan,
kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
”Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?” sempat Pak Guard
menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
”Banna, cedera nta teruk ke?”
”Sikit je,” balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
”Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang
memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat
perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,”
”Lupakanlah?.. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta
boleh bagitahu Fathil hal ni,”
” Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah
nta tadi,” Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya
berdarah.
”Tak per, Umar. Lupakan? Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih!
Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil
pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap
haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum
bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa,
kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang,
anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa
manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah
seseorang!!” Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
”Banna, ana minta maaf!” Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama
sekaligus meleraikan pelukannya. Adamesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak
tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak
menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang?.luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi,
Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka
seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang
esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur
Syafika.
”Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak
boleh pergi smart group,”
”Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan,
Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat
siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna.Mengharap.
******************************************** ********
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid
benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya
sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cubamemasukkan
jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di
tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
”Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!” iman di dada Umar bersuara.
Fika mencebikkan bibir.
”Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika
kansayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak
bermanja sikit dengan abang,”Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok
ke sana-sini kerana cubamenggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah
mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya
ke bahu Umar.
”Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut
abang marah Fika,”
”Tunjuk apa?”
”Abang kena janji takkan marah?”
”Kenapa abang nak marah pulak?”
”Janjilah dulu sayang?”
”Okey,abang janji takkan marah Fika,”
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam
yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
”Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut
Fika? Abang suka tak?”
Gurlp! ”Fika, pakai balik tudung tu!” arah Umar.
”Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?” Fika bersuara merajuk.
”Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki.
Berdosa!”
”Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang
Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak
bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat,
buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang.
Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta
Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang?” Umar makin lemas dihambur
kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam
dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh
kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya
dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur
Syafika.
”Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,”ungkapan
kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya
berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia
memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda
sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan
posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas
pandang.
”Gurlp! Diorang?” Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna,
Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di
situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika
lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya.
Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia
menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
”Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!” Fika
mencubit paha Umar.
”Fika, apa yang kita buat ni berdosa!” Umar bersuara tegas
menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu
rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh
harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah
sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
”Tapi?ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan
abang. Fika sayang abang,”
”Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?” Umar
tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
”Jom balik!” Umar mengajak pulang.
”Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik?
Fika belum puas lagi bersama abang!”wajah Fika penuh keliru.
”Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika,
jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak
kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika
sayang abang!”
”Abang nak balik?” Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan
Fika.
”Abang Umar, pulangkan tudung Fika!” Fika menjerit kuat
membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar.
Umar turut terhenti langkahnya dan memandang
sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang
cubamenyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan.
Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka
selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata
lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah.
Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat
lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat
berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka
kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
”Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!” Umar meluahkan.
Suaranya sebak.
”Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia
berada dimana sahaja!” Dr. Azmin bersuara.
”Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari
hidayah Allah,” Dr. Azmin bersuara lagi.
”Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah
Allah!” luah Umar penuh kesalan.
”Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah
dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan
kita. Kembalilah Umar?.kembali bersama kami,” Banna memujuk.
”Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan
sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi
pada nta,” lembut kata-kata Hizbi.
”Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang
bertunas di Taman Islam dulu?” Banna mengingatkan saat
kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang
berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk
menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da’wah dan
tarbiyyah.
”Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang
ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah
bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padangmahsyar
nanti,” Umar betul-betul menyesal.
”Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang
sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita
hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak
boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya
ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk
sorang-sorang,” Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi.
Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut
dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua?Aku bosan
dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam
korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cubalari darinya
itulah yang menjadikan korang sebaikini?)
************************************************ *************
”Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah? Bertuah nti
kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak
Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka
semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan
sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak
bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di
atas jalan tarbiyyah dan dakwah,” Asiah Yusro tumpang gembira
dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita
itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah
sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
”Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin
oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam
kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang
tarbiyyah dan da’wah,” tambah Maziah.
”Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya
sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana
kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk
selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,”
Asiah Yusro bersuara kesal.
”Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya,
dalam bab a’mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman
dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang
nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara
menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik
dipinggirkan,” Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya
dibetulkan.
”Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada
hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang
gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu
akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,” Asiah Yusro
menyokong kata-kata Maziah.
” Tapi, tak semua sahabat begitu?nak tak nak, kita kena baik
sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang
berjaya bina baitul da’wah mereka. Kita patut bersyukur kerana
kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da’wah.
Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman
Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul
da’wah,” Asiah Yusro berbaik sangka.
”Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah?” Asiah
Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
”Astargfirullah! Lagho ana nanti?” Maziah membulatkan mata.
”Maaf, ana gurau je..” Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah
geram diusik. Dia berfikir sesuatu,
”Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,” Maziah pula
yang mengusik.
”Ish, tak de lah. Siapalah ana?.” Asiah Yusro merendah diri.
”Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti
menolaknya,” Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah
menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati,
aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)
”Mana nti tahu?” dia terkejut bila rahsianya terbongkar.
”Umi nti kankawan baik umi ana. Umi nti yang cerita?.
Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan
gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti
tu,”Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang
mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar
Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik
dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam
universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa
apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar
Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani
Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja
agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana
dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman
Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung
dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang,
Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut
merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun,
hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan
akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan
da’wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak
mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro
terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati
kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah
ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja.
Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang?masihkah dia setia
menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang
yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kantanya
Dr.Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina
baitul da’wah idaman bersamanya?) Asiah Yusro bermonolog
sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada
berfikir tentang Umar.
Maziah menyergahnya.
”Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan
bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh
juga. Moga-moga di kalangan sahabat,” Maziah mengusik. Dia
pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah
Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan
Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang
sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya,
Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah
Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap
teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat
hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan
biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr
Sal.
"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali
dulu,” Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan
mesej dan panggilan daripada gadis itu.
”Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,”
”Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika?
Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?” terdengar suara
tangisan Fika. Hati Umar terusik.
”Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh
harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat
Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap.
Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?”
Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh
tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
”Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila
perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai.
Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa
tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan
perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama
mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,”
”Abang, bimbinglah Fika,”terus merayu.
”Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah
mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang
pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak
silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin
setiap Ahad malam di departmentabang,”
********************************************* ************
”Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana
rasa nak kahwin dengan dia,” Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi
Banna di biliknya.
”Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas’ul kita tentang
masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang.
Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas’ul kita.
Insyaallah dia boleh bantu,”. Smart group minggu ini diadakan di bilik
Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang.
Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan
Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan
sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar,
masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar
menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas
sahabat-sahabatnya.
”Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita
masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang
kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul
da’wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi
da’wah kita ini,” Syamil berhujah matang.
”Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin
lagi?” Faizi menduga.
”Sebenarnya, ana dah cubatackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak
layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana.
Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi.
Mereka semua wanita mulia,” wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
”Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui.
Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi
untuk menerima nta saat tu. Nta patut cubalagi dengan perantaraan mas’ul
kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan boleh diterima
olehnya,” Banna menasihatkan.
”Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan
perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang
sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.” Faizi menyokong.
Umar terdiam seketika.
”Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana
putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam,
tentu ana tak jadi macam ni,” sesalan Umar tidak sirna.
”Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita
harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di
Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua
suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana
tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan
kepada sistem,” Syamil tak lupa memainkan peranannya.
”Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak
berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari
sahibah,” Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
”Apa pendapat Dr.?” Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam
berfikir. Mas’ul sudah tentu banyak pengalaman.
”Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas’ul pun cari
orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah
dan da’wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang
sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah
mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da’wah
daripada zuriat kami,” mas’ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang
tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
”Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk
mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan
orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui
tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da’wah kita lebih
berat dalam baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut
tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?” Dr
Azmin berkongsi pengalaman berharga.
”Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin.
Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang
yang tak faham tarbiyyah dan da’wah kalau bukan kamu semua?” Masing-masing
terdiam."
Rabu, 22 Juli 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar