1. apakah hukum sekiranya seseorang lelaki ingin mencari teman hidup sebagai isterinya dengan cara pendekatan 'sms' iaitu untuk mengenali hati budi seseorang?
Maka jawabnya jika memang berniat menjadikan wanita tersebut sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara-perkara yang perlu sahaja dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja-manjaan dan berkasih-kasihan.
Jika tidak berhati-hati akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang walaupun hanya melalui sms.
Oleh itu sentiasalah menjaga lunas-lunas dan batas-batas agama semasa bersms dengan wanita yang bukan mahram.
2. Saya ingin bertanya tentang penyakit was-was yang sering ada dalam diri.
Dalam soal beribadat terutamanya dalam soal niat dalam solat...sebagai contoh niatnya "aku solat fardhu zohor kerana Allah Taala" perkataan tunai, rakaat tiada dalam niat dan hadir niat macam membaca dalam hati...
Adakah niat saya seperti itu dikira niat yang sepatutnya?
Maka jawabnya, pendapat yang muktamad mewajibkan 3 perkara hadir ketika niat solat yaitu qasad, ta'arrudh dan ta'yin yaitu kalau solat zuhur contoh niatnya ialah :
"Sahaja aku solat fardu zuhur"
Ini sahaja yg wajib hadir didalam takbiratul ihram. Adapun meniatkan berapa rakaat, mengadap kiblat, tunai dan kerana Allah Ta'ala tidaklah wajib hanya sunat hukumnya.
3.Hukum menonton juara lagu
Maka jawabnya tidak kiralah juara lagu atau sebagainya, orang lelaki beryanyi dan orang lelaki yang mendengar tidak haram selama mana perkataan lirik lagu itu bukan perkataan yang haram didengar, tidak lucah dan sebagainya.
Pendapat ramai dikalangan ulama’mengatakan jika nyanyian itu bukanlah nyanyian yang memuji-muji Allah, bukan menaikkan semangat unuk pergi berperang dan sebagainya hukumnya makruh, hiburan yang makruh tapi tidak berdosa, orang lelaki menyanyi dan orang lelaki yang mendengar.
Yang haramnya orang perempuan menyanyi dan orang lelaki yang mendengar , orang lelaki hanya boleh mendengar hanya mahram kita menyanyi, selain mahram maka haram didengar, termasuk dalam dosa kecil.
Dalilnya orang lelaki boleh melaungkan azan, suara lelaki bukannya sebagai fitnah atau aurat.
4.Masalah imam melatah ketika solat
Maka jawabnya jika kita terkejut atau dalam keadaan tidak sengaja menyebut perkataan yang bukan disuruh dalam solat maka hukumnya jika jumlah perkataan yang disebut itu sedikit maka tidak batal solatnya.
Lebih kurang 6 kalimah atau perkataan dimaaf disebut secara tidak sengaja maka tidaklah batal solatnya.
Contohnya tidak sengaja sebut atau bercakap dalam solat “saya nok makang nasik”, jumlahnya 4 kalimah maka tidak batal jika tidak sengaja menyebutnya di dalam solat. Jika lebih dari 6 kalimah maka batallah solatnya.
Jika disebut secara sengaja, sedikit atau banyak sekalipun tetaplah batal solatnya.
*apa yg ana sebarkan mungkin betul dan mungkin tidak, rujuk pada alim ulama’ di sana..
Kamis, 30 Juli 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar