Kamis, 30 Juli 2009

UMAT ISLAM PERLU MEMAHAMI KONSEP BIDAAH HASANAH part1

UMAT ISLAM PERLU MEMAHAMI KONSEP BIDAAH HASANAH
Imam as Syafie r.h mmbahagi bidaah kepada:
1-BIDAAH MAHMUDAH @ HASANAH
(mengadakan sesuatu perkara baru terpuji yang tidak bersalahan dengan al Quran dan Sunnah)
2-BIDAAH MAZMUMAH @ DHOLALAH
(mengadakan sesuatu peRkara baru tercela yang bersalahan dengan al Quran dan Sunnah)
"setiap perkara yg ada sandaran daripada syara',maka bukan dari perkara bidaah sekalipun tidak dilakukan oleh generasi salaf"
-imam as syafie-
"bidaah dengan baris bawah pada huruf ba' dari segi syara' bermaksud sesuatu perkara yang di ada2kan yang mana ianya tidak pernah berlaku pada wahyu rasulullah"
-imam nawawi dalm kitab beliau tahzib al asma' wal lughat(jilid 3 m/s 22)-
"(bidaah dari segi bahasa) mengada adakan sesuatu perkara baharu yang tidak pernah ada sebelumnya"
"(dari syara') perkara baharu yang tidak dinaskan berkenaannya oleh al quran dan sunnah"
-al muhaddith al abdary dalam kitabnya sorihul bayan(juzuk 1 m/s 278-
telah berkata Ibu al Araby al Maliki:
"bukanlah bidaah dan perkara baru kedua2nya dicela berdasarkan lafaz bidaah dan baharu.begitu juga kerana makna keduanya.adapun yang dicela ialah bidaah yang mnyalahi sunnah dan dicela dari perkara2 yang baharu yang menyeru kepada kesesatan.
firman ALLAH: "..dan kami jadikan dlm hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadah secara) "Rahbaniyyah" -merekalah yang MENGADAKANNYA rekaannya; padahal kami tidak mewajibkan kepada mereka ;(mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan ALLAH"
-surah al hadid ayat 27-
pada zaman rasulullah sendiri ada beberapa perkara dalam ibadah dan kehidupan yang tidak diajar baginda bahkan ia ditambah oleh para sahabat,akan tetapi rasulullah s.a.w tidak mengharamkannya malah memuji amalan mereka itu...
hadis imam al bukhari dalam shahihnya daripada rifa'ah bin rafi' al zarqiy:
"suatu hari kami bersolat dibelakang rasulullah dan ketika baginda bagun dari rukuk baginda menyebut "sami'allahu liman hamidah",dan telah berkata salah seorang dibelakang rasulullah "rabbana walakalhamd hamdan kathiran toiyyiban mubarakan fih".. selepas selesai solat rasulullah bertanya siapa yg mmbaca lafaz tadi?? maka sahabat tadi mnjawab "saya,ya rasulullah"..maka rasulullah bersabda "aku melihat lebih kurang 30malaikat berebut2 untuk mencatat pahala bagi mereka yang menyebut lafaz tersebut"
dalam riwayat bukhari dan muslim:
"daripada khalid ibnu al walid,bahawasanya beliau masuk bersama nabi ke dalam rumah maimunah dan ddihidangkan dengan dhab yang dipanggang.lalu rasulullah menghulurkan tangannya untuk mengambilnya,kemudian diberitahu orang "ini daging dhab". Lantas baginda mengangkat tangannya lalu khalid bertanya "adakah ia haram"..baginda menjawab "tidak,tetapi binatang ini tidak kedapatan di negeri kaumku.lantas aku tidak berselera". lalu khalid mengambil dan memakannya sambil dipandang rasulullah"
didalam firman ALLAH dan 2 hadis diatas ini jelas kepada kita bahawa semua perkara baru yang tidak dilakukan rasulullah bukan semuanya HARAM....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar