> HADIAH MALAM JUMAAT
> >
> > Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
> >
> > Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid
> jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal
sebelum
> masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk
sekejap
> sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
> memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan
> bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
> masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual
> sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
> kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk
> seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
> >
> > Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
> ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
> >
> > Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap
> seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua
> ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
> kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan
> yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
> >
> > Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
> bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu
sedih
> mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat
> talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda
> itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya
Al
> Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
> orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri
> dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah
> itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda
> kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada
> seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan
> suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
> meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.
> >
> > Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
> orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
> Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya
nama
> dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda
> menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya
> Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
> >
> > Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
> lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan
> Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia
> berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan
> hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari
> dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika
kecilnya."
> Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
> penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau
> begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan
> wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar
> jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa
> wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan
sedekahkanlah
> untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
> berdoa dan bersedekah untuk!
> > ya selama aku masih hidup."
> >
> > Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
> sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya
> semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda
> tersebut.
> >
> > Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke
> masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia
> singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat
> ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan
> sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih
> yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut
> mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan
> terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah
dari
> ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh
> mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?"
> >
> > "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada
> hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
> tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda
> telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
> >
> > (Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
> >
> > "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya
> Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
> Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
> mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"
> >
Jumat, 31 Juli 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar