Selasa, 11 Agustus 2009

hukum bunuh katak dan bnyak lagi..

(1)Arak haram diminum walau setitik sekalipun haram kerana tujuan dijadikan arak itu untuk menghilangkan kawarasan akal, memabukkan, seronok dan sebagainya.
Yang boleh minum sedikit tidak memabukkan ialah benda yang asal dibuat bukan untuk memabukkan maka boleh minum jika tidak kadar mabuk jika kadar mabuk maka haram.
Tetapi minuman yang asalnya bukan untuk memabukkan harus tapi bila minum banyak maka haram, kalau minum sedikit maka diambil hukum asal iaitu harus.
Contohnya air sirap, air sirap bukan minuman yang dijadikan untuk memabukkan jadi tidak mengapa minum segelas, 2 gelas, 3 gelas atau seumpamanya yang dalam kadar yang sedikit maka tidak haram tapi kalau minum dalam kadar yanag banyak contohnya minum sehingga 100 gelas sehingga membawa kepada mabuk maka jadilah haram.
Sama juga benda yang suci, diminum sedikit tidak mabuk, diminum banyak mabuk. Benda yang suci diminum sedikit halal apabila diminum banyak jadi mabuk, jadi haram.
Contohnya ubat batuk yang pada asalnya suci, halal diminum sedikit tapi bila diminum banyak menjadi mabuk maka haram.
Ulama’-ulama’ telah sepakat bahawa arak ini adalah ibu segala yang keji-keji.
(2)Bolehkah jika kita membunuh seekor katak kerana ingin membuat pembedahan ke atasnya sebagai pembelajaran sains? Apakah hukumnya?
Maka jawabnya haram, tidak boleh kerana katak ini adalah daripada haiwan yang dihormati oleh syara’.
Haram membunuh katak maka muafakat ulama’, haram makan katak kerana jika mahu makan katak perlu dibunuh dahulu berdasarkan hadis yang soheh dalam beberapa riwayat. Jadi pembedahan untuk pelajaran ini tidak terhenti pada katak, masih ada haiwan lain yang tidak dihormati syara’ yang boleh dijadikan untuk pembedahan.
Jika masih juga dibuat pembedahan ke atas katak untuk tujuan ilmu sekalipun tetap tidak boleh melainkan tiada ganti untuk dijadikan pembedahan maka diharuskan, selagi ada ganti dengan haiwan lain maka tidak boleh.
Jadi bila sudah buat, tindakannya bertaubatlah.
(3)Hukum pakai baju sutera
Maka jawabnya memakai sutera haram atas laki-laki dan halal atas perempuan. Jika berani kata halal memakai sutera atas laki-laki maka dia telah berani meminda-minda hukum di dalam Islam.
Sabda Nabi , “akan ada kemudian pada zaman aku nanti, satu golongan daripada manusia, umat aku ini, mereka berani menghalalkan arak dan sutera”.
Nabi angkat sutera pada tangan kanan baginda dan bersabda “ Sutera ini haram atas umat aku yang laki-laki dan halal atas umat aku yang perempuan”.
Maka hanya halal ke atas perempuan memakai sutera sehingga boleh juga dijadikan kain kapan, tidak bida’ah kerana kain kapan itu adalah yang afdal (afdal, bukan wajib) ialah kain pakaian yang dia suka pakai ketika hidup, tidak semestinya kain putih.
Jika yang bercampur maka janganlah banyak sutera, sedikit-sedikit dimaafkan.
(4) Apa hukumnya melihat aurat perempuan didalam TV?
memandangkan perkara ini tidak dapat dielakkan lagi walaupun ketika menonton buletin atau berita..?
Maka jawabnya aurat seperti rambut pembaca berita TV menurut kata setengah ulama’ makruh dilihat dan aurat seperti paha atau dada pula haram dilihat kerana yang pertama itu iaitu rambut biasanya tidak membangkitkan syahwat sebagaimana aurat bahagian yang kedua iaitu paha atau dada.
Setengah ulamak pula mengatakan ianya tetap haram seperti melihat aurat-aurat yang berat.
*apa yg ana sebarkan mungkin betul dan mungkin salah, rujuk alim ulama' untuk kepastian..
setiap apa yg ana sebarkan di sini , ana harap sangat2 agar dapat pula disebarkan pada saudara2 yg lain, masih ramai yg tidak tahu..
wallahu'alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar